Trip Cuti di New Zealand. Ambil Cuti Lama. Sangat Cantik!

Posted by

Trip Cuti di New Zealand. Ambil Cuti Lama. Sangat Cantik!

1- Bulan November hingga Mac bulan yang paling banyak pelancong datang, so hotel dan kereta sewa menjadi mahal, cepat cepat book kalau nak pergi antara bulan tersebut. Nak murah book sekurang-kurangnya 10 bulan awal.

2- Yang bawak anak kecil, pastikan stok susu anak mencukupi sepanjang masa travel, susu kat sini tak banyak jenis, risau kalau susu yang biasa anak minum kat Malaysia takde kat sini, nak cari susu pun payah, takde kat farmasi macam kat Malaysia, kalau ada pun, satu jenis susu je.

3- Yang naik Air Asia transit ke Australia, tak perlu visa.

4- Sewa kereta, Jucy antara yang termurah, diorang punya player jenis main CD Audio bukan mp3, boleh nak main mp3 tapi kena ade aux cable,

5- Bab makan ni kita boleh save banyak dengan masak sendiri, ayam halal banyak jual di Park dan Save, Countdown, New World. Antara jenama ayam halal Brinks,Turks,Tegel.

6- Jangan lebih speed 100km, polis ada di mana mana, silap-silap haribulan kena saman melayang 120 NZD (New Zealand Dollar)

7- Kalau cuaca tengah cantik, ambil masa untuk berhenti dan tangkap la gambar puas-puas, di New Zealnd cuaca tak menentu, kadang tangguh nak pergi esok, esoknya sudah hujan, kan dah rugi

8- Ambil la cuti sepanjang yang boleh, New Zealand ni terlalu cantik, 2 minggu pun tak cukup nak travel semua

Trip Cuti di New Zealand : Nak Lihat Bunga Lupine?

9- Souvenir yang murah kat Queenstown nama kedai DF souvenir, banyak orang Malaysia shopping situ. Dekat Christchurch pun ada

10- Kedai makan aiskrim best, joy aiskrim di Wynyard Quarter kat Auckland. Ini orang Malaysia yang kerja kat sini suggest kat aku, tapi bila try memang sedap tak manis sangat. Kena cuba berbaloi.

11- Aktiviti murah di bookme.co.nz, dapat diskaun 30-75%.

12- Musim spring siangnya lebih lama, so lagi banyak kalau nak buat aktiviti

13- Jangan tidak trysalmon fresh di Salmon High Country Twizel, lepas tu dapat bagi makan ikan salmon for free.

14- Route ambil yang scenic route, pemandangan cantik sepanjang jalan

15- Yang nak stay di Holiday Park, nak basuh baju, simpan siap-siap duit syiling 1NZD dan 2NZD

16- Ambil travel insurance, kos rawatan kat sana mahal

17- Dinasihatkan kalau nak buat aktiviti book tiket awal-awal, kadang main terjah je tiket dah sold out. Kami masuk Waitomo Caves, Hobbiton Movie Set, Cruise Milford Sound, Main Luge dan cable car semuanya book dari Malaysia. So takdelah rasa hampa kalau dah sampai tak dapat rasa buat aktiviti

18- Jangan risau, kat New Zealand tak ada haiwan merbahaya dan menjalar. Kat sana tidak ada ular, kala jengking dan haiwan berbisa tau. So yang nak camping tu memang tak rasa takut sangat lah.

19- Kalau book melalui Airbnb, pastikan tahu rules rumah yang kita nak diami, untuk mengelakkan sebarang extra charges, diorang boleh claim kat kita, kalau terdapat sebarang kerosakan di rumah sepanjang kita sewa.

20- Untuk memandu di New Zealand, bawak je lesen kita yang baru macam ic tu, tiada masalah. Stering dia right hand drive, macam kat Malaysia juga.

22- Isytiharkan barangan yang nak bawa seperti makanan dari Malaysia ubatan, Produk tenusu tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali susu bayi untuk anak, kasut yang diletakkan di dalam luggage hendaklah dibasuh, New Zealand sangat straight bab ni, tak nak tanah melekat di kasut di bawa masuk

23- Nak tengok bunga Lupine boleh pergi hujung-hujung musim spring dan awal musim panas antara bulan pertengahan November hingga hujung Disember

Diharap perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk membuat persediaan ke New Zealand.

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: