Trip Cuti Di Georgia, Cyprus. Tempat Ski Termurah Dan Menarik!

Posted by

Trip Di Georgia, Cyprus. Tempat Ski Termurah Dan Menarik!

Saya nak kongsikan trip percutian saya ke Georgia, Cyprus pada musim sejuk yang lepas. Sebagai pembuka kata, Georgia boleh dikira  sebagai negara yang tak berapa dikenali di Europe atau terkenal sebagai tempat percutian. Sektor pelancongan juga baru nak berkembang dekat sini dan sampai sekarang saya tak berapa pasti negara ni europe atau asia. Haha. Mixed info!

Di sini, makanan halal sangat senang nak cari. Rata-rata harga dalam 5 ke 10 lari. Bakery dalam 1-2 lari. Oleh kerana Georgia adalah negara ke 52 saya lawati, jadi tak ada banyak plan sangat. Semuanya secara rawak.

Saya melancong di sini selama 10 hari dengan rakan travel baru saya dari London. Jumpa kali pertama di Hostel di Tbilisi dan kemudian ikut sekali melancong di serata Georgia.

Pengalaman Melancong Ke Georgia, Cyprus

  • Info = 1 Lari = RM 1.68

21 Disember 2016 – Kutaisi

Tiba di Kutaisi dari Cyprus. Jadi, kutaisi airport direct to Tbilisi by Georgian bus (20 lari untuk sehala, 36 lari pergi-balik). Di Tbilisi, Patio Hostel sangat-sangat recommended dan murah (10 lari semalam). Penyewa sangat-sangat best.

22 Disember 2016 – Tbilisi

Jalan-jalan sekitar city centre. Disarankan ambil Tbilisi Free Walking tour. Tour dalam 3 jam dan anda bakal dibawa ke tempat-tempat menarik sekitar Tbilisi. Tour ni free cuma sesiapa nak kasi tips dialu-alukan

Sini banyak peminta sedekah dan anjing, jadi jangan buat interaction dengan dorang atau tidak, siap lah kena ikut. Yang penting, eye contact! Pastikan naik funicular untuk pergi restoran-restoran. pastikan juga cuba donut mereka which is one of the signature dish (1.1 lari satu). Di sini boleh tengok seluruh permandangan Tbilisi

23 Disember 2016 – Kazbegi

Sepatutnya trip perjalanan berakhir dekat sini untuk ke Bulgaria. Dan disebabkan tak boleh move on, jadi saya batalkan hasrat untuk menaiki flight balik dan tinggal lagi seminggu di sini. Dari Tbilisi, saya ke Kazbegi. Di sini suasana pemandangan sangat-sangat cantik pada musim sejuk. (Rasanya summmer lagi lawa).

Kos sebanyak 10 Lari menaiki Matruska (Mini Bus). Disarankan tinggal di Ketino Guest House (10 lari semalam). Kalau nak sarapan pagi dan makan malam, tambah lagi kos 20 lari. Boleh minta nak makan halal/kosher atau seafood (Bergantung kepada keadaan)

24-27 Disember- Gudauri

Gudauri salah satu ski resort kat sini. Saya tinggal di Hotel Yetti (15 euros semalam). Sangat disyorkan kerana ia adalah yang termurah di sini. Tapi kena ingat kat sini party hostel.Jadi agak bising. Tak sesuai kalau ada anak. Tapi sini sangat best untuk bersosial.

Ski kat sini murah (70 lari termasuk semua). Jadi dalam sehari sekitar 35 euros untuk ski dimana ianya tersangat murah jika dibandingkan ddengan mana-mana tempat ski di eropah. Ada slope untuk beginner hingga ke advance. Kalau nak ambil instructor boleh tanya kat hostel sebab dorang akan syorkan yang best. Dan JANGAN ambil instructor Georgian, request Ukranian sebab mereka lebih baik dan boleh boleh cakap english. Saya ski untuk 4 hari dan ianya betul-betul berbaloi.

28 Disember 2016 – Tbilisi

Lepas ski, pulang semula ke Tbilisi sebab nak sambung jalan-jalan di sekitar bandar. Masa nak balik tu siap bas kena tahan dengan polis sebab dorang ingat immigrant. Bermalam di Patio Hostel ( Kos 10 Lari)

Dar Tbilisi, habiskan seharian trip ke Mtskheta.  Kos 1 lari tiket dari Tbilisi untuk ke sana. Di sini lawa boleh tengok monastery dan dua buah sungai bergabung. Kalau nak tengok sungai kena ambil teksi dari bandar yang akan mengambil kos sebanyak 5 Lari.

29 Disember 2016 – Kutaisi

Hanya berjalan-jalan di sekitar bandar dan habiskan seharian untuk masa terakhir di sini dengan rakan travel saya.

Dan kepada yang ada konfiden tinggi,, boleh cuba Sulphur Bath kat sini. Tapi, kena bogellah. Ada untuk public and private. Untuk public kos 3 Lari sahaja. Kalau nak private kos dalam 30-60 Lari. Pastikan cuba perkhidmatan scrub dan massage. Berbaloi-baloi.

30 Disember 2016

Pulang ke Berlin dari Kutaisi.

Perkongsian Tips Untuk Melancong Ke Georgia, Cyprus

Banyak lagi tempat di Georgia ini yang belum dijelajahi seperti Mestia, Batumi, Rabat dimana pemandangannya sangat-sangat cantik. ( Kebarangkalian akan ulang semula trip di sini di ulan Mei 2017 sebab nak cover Armenia dan Azerbaijan).

  • Total lost around 200-250 euros (sepanjang kat Georgia). Kos boleh lagi kurang bagi yang tak ski.
  • Kat Georgia, pastikan berjimat untuk kesemuanya termasuklah untuk pengangkutan dan makanan. Tapi jangan la berjimat di restoran macam Funicular Restaurant yang mewah tu. Nampak sakai pula.
  • Dari Malaysia, boleh ambil Airasia ke Tehran pastu overland atau took flight.
  • Dari Europe, Wizzair banyak buat promo. Saya dapat 10 euros dari Cyprus ke Georgia.
  • Orang Georgian sangat suka wine. Adalah sangat tidak sivik kalau anda tidak cuba wine mereka sebab dorang sangat terasa hati. Jadi,nak lari kan diri, cakap anda dalam masalah kesihatan yang tidak membolehkan anda mengambil alkohol atau alergik. Untuk Non muslim, pastikan anda cuba Chaca mereka. Paling terbaik di sana.
  • Kalau nak ambil insurans, pastikan anda betul-betul semak sebab kadang-kadang polisi kata Georgian adalah Asia, dan ada yang cakap Europe. Jangan jadi macam saya sebab salah beli.. hahaha

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: