Percutian Solo Ke North New Zealand 8 Hari. Kos RM 5285.20!

Posted by

Percutian Solo Ke North New Zealand 8 Hari. Apa Yang Dapat?

Sedikit Perkongsian travel solo ke North New Zealand. Ade yang bertanya hari tu. Trip bermula 10 November sehingga 18 November tahun 2016 termasuklah hari penerbangan.

Transit di Gold Coast dengan Air Asia. Penerbangan selama 13 jam. Last minute punya plan. Beli tiket lagi dua minggu sebelum nak berlepas.

Percutian Ke New Zealand. Hobbit House?

Hari Pertama – 11 November 2016

  • Arrive 5.00 PM at airport
  • Collect rental car (apex RM 800++ untuk 7 hari include insuran full)
  • Bertolak ke bilik sewa di Pukekohe gune AirBNB. Tuan rumah orang Islam asal dari Mesir. Very friendly. (RM89/night)

Hari Kedua – 12 November 2016

  • Bertolak ke MataMata
  • Hobbiton Movies Set (79NZD)
  • Blue Spring River (free jer tapi jauh kene jalan)
  • Lunch + Dinner kebab di mata2 (12NZD)
  • Tidur di farm cottage. Rumah betul-betul tepi ladang lembu. Dekat je dengan hobbiton. Cantik (RM121/night)

Hari Ketiga – 13 November 2016 

  • Bertolak ke Rotorua
  • Skyline gondola and luge (43NZD)
  • Rainbow Spring Village (40NZD)
  • Jalan-jalan area tasik (kalau ramai boleh naik heli or kapal)
  • Mitai Maori village (petang ke malam) (116NZD)
  • Tidur di rumah pasangan chinese.Friendly sangat dan rumah tepi tasik (RM134/night)

Hari Keempat – 14 November 2016

  • Jalan area bandar rotorua. Taman dipenuhi volcanic activity
  • Waitopu geothermal (free)
  • Wai-o-tapu Thermal wonderland. 2 jam sebab besar (32.5NZD)
  • Waimangu Volcanic Valley. Naik bot. ( 37 NZD)
  • Tidur di Taupo. Sewa bilik.dekat je ngan tasik.(AirBNB – RM173/night)
  • Makan kebab lagi

Hari Kelima – 15 November 2016

  • Hukah Falls (sungai yang cantik dan deras)
  • Jalan area tasik dan mendobi
  • Beli cenderamata. Tepi jalan ada nampak signboard kedai tepi heli.
  • Tidur tepi tasik (Moutuapa Bay Holiday park dengan Agoda [RM215] )

Hari Keenam – 16 November 2016

  • Whakapapa village (pergunungan tempat orang main ski)
  • National park
  • Sebab hujan tak banyak boleh jalan
  • Ke Waitomo Glowworm Cave (tak masuk sebab ramai dan hujan)
  • Jalan-jalan bandar Hamilton
  • Hamilton Garden
  • Singgah masjid Hamilton.
  • Tidur di Hamilton Backpakers (30NZD)

Hari Ketujuh – 17 November 2016

  • Original Pokeno Ice cream
  • Singgah makan Kebab ketika dalam perjalanan ke Pukekohe
  • Dinner fuelshack Burger (mintak halal menu)
  • Jalan tasik Huntly
  • Tidur di rumah malam pertama sampai (RM89/night)

Hari Kelapan – 18 November 2016

  • Jalan bandar auckland
    Beli souvenir lagi di Queens Street
  • Hantar kereta sewa
  • Ke airport dalam jam 5

Dibawah ini pula saya kongsikan kos yang terlibat sepanjang percutian saya ke New Zealand

  • Petrol RM 450
  • Car rental = RM851.20 (termasuk Insurance-termurah waktu tu)
  • Penginapan RM 921 ~
  • Makan = RM 400~
  • Entrance fee = RM1208
  • Travel Ins = RM75
  • Souvenier = RM 480
  • Flight = RM 900

Jumlah Keseluruhan = RM 5285.20 (segalanya ditanggung oleh saya sendiri)

Tips Semasa Bercuti DI New Zealand

  • Saya ade guna duit NZD dari Malaysia menggunakan Credit card
  • Aktifkan pengeluaran overseas kad atm tu.
  • Kos boleh kurang lagi kalau nak skip tempat berbayar
  • Drive sile ikut kelajuan. Max 100km. Kalau tak saman die mahal oo ikut berape lebih
  • Lesen memandu antarabangsa(tapi saya tunjuk lesen biasa die dah terima)
  • Harga petrol berubah-ubah dan berbeza ikut pump station.pepandai la korang
  • Anda boleh try cover Wellington and Cape Reinga kalau nak. Tempat tu memang menarik. Saya tak pergi sebab tak cukup masa.
  • Parking dekat aucland agak mahal. Dua jam leh cecah RM100. Spend wisely.

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: