Krabi terkenal dengan kecantikan pulau dan alam semula jadi yang menarik perhatian sesiapa saja berkunjung ke Krabi. Aktiviti di Krabi yang paling famous adalah mengambil pakej island tour atau island hopping Krabi.
Pakej Krabi Abang Travel ada bermula dari border Bukit Kayu Hitam/Pdg Besar atau dari Hatyai. Selain itu, Abang Travel ada juga menyediakan pakej dari airport Krabi.
Salah Satu Pakej Yang Termasuk dalam Pakej Island hopping Krabi by Abang Travel ialah 4 Islands Tour Krabi.
Chat Admin untuk tanya pakej Krabi : LINK WHATSAPP
4 Islands Krabi
Pakej Abang Travel island hopping 4 Island Krabi merupakan pilihan terkenal untuk lawatan bot ke island yang paling indah di Krabi. Dalam pakej ini, anda akan berpeluang berenang di pantai-pantai yang cantik di kawasan Krabi. Selain itu, anda akan meneroka pelbagai tempat yang akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang trip bersama Abang Travel. Pakej yang disediakan oleh Abang Travel adalah long tail boat (sharing), lunch di pulau sekali (lunch box), peralatan snorkeling dan tour di seluruh area 4 island.
Long Tail Boat
PLEASE NOTE : Bayaran national park atau cukai pulau anda perlu membayar 200 baht per pax untuk 4 Island.
Apa yang perlu anda pakai dan bawa ?
Baju yang sesuai dan selesa untuk aktiviti island hopping
Sunscreen (cuaca agak panas)
Cermin mata (jika perlu)
Topi (jika perlu)
Duit (jika perlu)
Jajan dan minuman (boleh bagi makan ikan-ikan semasa aktiviti snorkeling)
4 island yang anda akan melawat adalah:
Phra NangBeach
Koh Poda
Tup Island
Chicken Island
Phra Nang Beach
Phra nang beach
Sebagai tarikan yang menarik perhatian anda, ia merupakan salah satu pantai yang paling terkenal di kawasan Krabi. Di sini, laut berwarna biru turquoise dan jernih, manakala di belakangnya terdapat hutan hijau dan pemanjat yang berani boleh tergantung dari dinding batu yang spektakuler.
Phra Nang Beach ialah sebuah gua kecil yang menarik kerana dapat memukau ramai pelacong. Phra Nang beach adalah satu lagi highlight utama di Krabi dan ia merupakan sebahagian penting daripada setiap lawatan ke 4 island .
Tup Island
Tub island adalah pulau yang agak kecil tetapi sangat cantik dan benar-benar disyorkan. Di sini airnya berwarna biru turquoise, pasirnya sangat halus dan betul-betul putih. Juga untuk anda yang ingin snorkeling, pulau ini sangat sesuai dan anda akan dapat menemui banyak ikan berwarna-warni di bawah air. Cara terbaik untuk melawat pulau ini adalah semasa air surut kerana pada masa itu anda boleh melintasi laut melalui tanjung pasir dan berjalan ke chicken island yang berdekatan. Pengalaman yang anda akan rasai akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup!
Chicken Island
Daripada gambar ini anda pasti dapat melihat mengapa ia dipanggil "CHICKEN ISLAND".
Chicken island terletak bersebelahan dengan tup island jadi ia mengambil masa 5 minit untuk sampai. Selain itu, pemandangan dari sini adalah fantastik. Dari sini, anda akan dapat melihat pemandangan menakjubkan tanjung pasir terkenal yang menghubungkan antara dua pulau. Bagi sesiapa yang suka bergambar atau ootd ini adalah tempat yang wajib dikunjungi!
Di sini lagi, anda boleh snorkeling dan menikmati suasana yang menakjubkan dan seperti dalam mimpi.Pada perjalanan pulang, anda mengelilingi pulau ini dan anda akan nampak bentuk kepala ayam yang terkenal, landmark chicken island .
Koh Poda
Island yang terakhir dalam Lawatan 4 island adalah pulau kecil Koh Poda. Di pulau ini, syurga kecil menanti anda pantai berpasir halus yang lembut, laut yang sangat jernih, dan terumbu karang yang menjadikan pulau ini sangat cantik. Di Koh Poda, kebanyakan lawatan mengambil waktu rehat makan tengahari, tetapi anda masih mempunyai masa untuk meneroka pulau kecil yang indah ini dan berenang di pantai yang unik.
Teringin untuk pergi ke 4 Island Krabi?
Abang Travel ada juga menyediakan pakej ke sini, boleh tekan link ini :
No comments:
Post a Comment