Adakah Pulau Hong layak untuk dilawati?
Hong island adalah salah satu pulau yang paling cantik untuk dilawati di Krabi. Hong island juga dikenali sebagai Koh Hong atau Pulau Hong. Dengan tebing-tebing karst yang menakjubkan, pasir putih yang lembut, air yang jernih bening, pemandangan 360 darjah, dan kolam zamrud, Hong island adalah salah satu destinasi yang wajib anda dikunjungi apabila diberi peluang island hopping di Krabi.
View Hong Island
Cara-cara untuk anda pergi ke Hong Island
Jom saya tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengunjungi Hong Island Krabi termasuk apa yang perlu dilihat dan dilakukan, tips untuk sampai ke sana, yuran masuk, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda Hong island mempunyai beberapa buah pulau untuk tour semasa melakukan island hopping seperti:
LaoLading Island (checkpoint pertama)
Pakbia island (checkpoint kedua)
Snorkeling (checkpoint ketiga)
Hong Lagoon (tebing yang menjulang tinggi)
Hong island (checkpoint terakhir)
Abang Travel menyediakan beberapa pilihan pengangkutan yang anda boleh pilih untuk ke Hong island:
Long Tail Boat
Long tail boat adalah salah satu pengangkutan untuk sampai ke Hong island. Harga pakej Abang Travel sudah termasuk untuk tour hong island. Bot yang disediakan adalah long tail boat dengan harga yang bersesuaian dan berpatutan. Saiz bot akan diberi mengikut bilangan pax semasa tempahan. Anda juga boleh untuk request untuk menyewa private boat hanya untuk kumpulan anda sahaja. Perjalanan boat mengambil masa kira-kira 20-30 minit dan menawarkan pemandangan yang cantik dari Laut Andaman.
Speedboat
Speedboat adalah cara pengangkutan lebih cepat dan agak mahal berbanding dengan long tail boat, tetapi ia menyediakan cara yang lebih pantas untuk sampai ke Hong island. Jika anda ingin merasai pengalaman untuk menaiki speedboat, anda boleh request semasa membuat tempahan dengan agent.
Exploring Krabi Hong Island Tour
Berkumpul di Jetty Ikan Todak
Mengambil pakej tour bersama Abang Travel ke Hong island adalah cara yang paling berkesan dari segi kos untuk ke sana kerana perkhidmatan penghantaran dari hotel, makan tengahari, alat menyelam, dan lawatan ke Lading island dan Pak Bia island juga termasuk dalam harga.
Pada jam 7.30 pagi, anda boleh sarapan pagi di sekitar hotel, dan kemudian akan berkumpul di jeti ikan todak pada jam 8:30 pagi. Jika anda ingin membeli makanan ringan, anda boleh singgah di 7E semasa perjalanan ke jeti. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan semasa menjalankan aktiviti tour.
Perjalanan anda untuk sampai ke checkpoint pertama iaitu LaoLading Island mengambil masa 30-40 minit.
LaoLading Island
Ia adalah pantai utama yang sangat kecil. Disini tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana island yang agak kecik. Tetapi anda boleh berkelah disini sambil menikmati keindahan alam.Disini terdapat kemudahan tandas tempatan yang dibina khusus untuk keselesaan para pelancong.
Pakbia Island
Next, anda akan ke checkpoint kedua iaitu Pakbia island. Ia juga merupakan sebuah island kecil yang fantastik yang menawarkan pelbagai lokasi untuk mengambil gambar-gambar menakjubkan island di Krabi. Anda akan merasakan memerlukan lebih banyak masa di sini walaupun ia merupakan sebuah pulau yang kecil kerana keindahan yang sangat cantik dan tenang .
National park Hong island
Untuk pengetahuan anda di Krabi anda wajib membayar national park (cukai pulau) yang dikenakan kepada setiap individu yang menjalankan aktiviti melawat pulau. Bayaran yang dikenakan kepada setiap foreigner adalah seperti dalam gambar di atas iaitu dewasa 300 baht/seorang dan kanak-kanak 100 baht.seorang. Jika anda mengambil pakej bersama Abang Travel bayaran national park boleh request dimasukkan sekali dalam pakej semasa tempahan untuk memudahkan trip anda.
Aktiviti snorkeling
Checkpoint ketiga adalah aktiviti snorkeling. Semasa aktiviti tersebut anda berpeluang untuk memberi makan kepada ikan. Dalam pakej yang disediakan oleh kami peralatan disediakan seperti set google dan life jacket.
Hong Island
Checkpoint terakhir anda adalah hong island. Di mana anda akan merasai pengalaman hiking anak tangga sebanyak 800.
Di sini, anda akan meluangkan masa selama 2 jam untuk mengeksplorasi kawasan ini. Jika anda berminat untuk menikmati pemandangan dari ketinggian, anda perlu melakukan pendakian selama 1 jam untuk mencapai puncak.
Sepanjang perjalanan hiking anda, pemandangan sekeliling adalah sangat indah. Di pertengahan jalan, anda juga akan dikelilingi dengan pemandangan yang menakjubkan. Saya yakin anda dapat membayangkan betapa indahnya pemandangan apabila tiba di kemuncak.
Inilah pemandangan dari puncak setelah lebih dari sejam pendakian. Ia amat berbaloi selepas menghadapi pelbagai cabaran semasa perjalanan. Pengalaman ini adalah satu yang harus dirasai sekali seumur hidup. Dengan harga pakej yang berpatutan, mendapat peluang melihat keindahan ini pastinya akan memberikan kepuasan yang sangat besar.
Pemandangan dari ketinggian atas ini amat cantik untuk anda mengambil foto bersama orang tersayang.
Hong Lagoon
Hong Lagoon adalah tempat yang wajib anda lalu bila mengambil pakej bersama abang travel. Tempat ini adalah tempat viral apabila anda pergi ke hong island.
Sebuah gua yang hanya boleh dimasuki apabila air laut mencapai paras tertentu. Inilah yang menjadi inspirasi bagi nama pulau ini, kerana "Hong" dalam bahasa Thai bermaksud 'bilik' atau 'gua'. Bot kecil sahaja yang boleh masuk ke dalam lagun tersembunyi ini melalui celah sempit di tebing batu karang.
Tempat ini adalah lokasi yang sempurna untuk bergambar dan merupakan satu pengalaman yang wajib anda abadikan sekali seumur hidup. Anda pasti akan terpukau dengan laluan ini yang dikelilingi oleh batu-batu di kedua-dua belah.
Best time to visit Hong island
Masa terbaik untuk melawat Pulau Hong adalah dari November hingga Mac kerana anda akan menikmati cuaca yang hampir sempurna. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat lebih ramai pelancong pada masa ini.
Jika anda tidak kisah dengan hujan sesekali (nasib baik, hujan tersebut tidak berpanjangan), anda boleh melawat pada bulan-bulan bahu seperti April/Mei atau September/Oktober.
Teringin untuk pergi ke Hong Island Krabi?
Nak pakej Hotel + Transport + Island Hopping Krabi. Tekan link di bawah :
No comments:
Post a Comment