Selalu pening setiap tahun atau setiap kali cuti sekolah, nak bercuti ke mana? tapi bajet rendah dan tidak terlalu overspend. Teringin nak bercuti ke Luar Negara tapi nak yang dekat saja?? Negara jiran yang terdekat dengan Malaysia semestinya Thailand.
Hatyai, Thailand adalah salah satu bandar yang menjadi tarikan pelancong yang tinggi dan terkenal dengan pusat membeli belah dan syurga makanan disana. Makanan disana tidak terlalu mahal dan anda boleh membeli-belah barangan kraf tangan dan souvenier untuk dibawa balik ke Malaysia.
4 Cara Bercuti Ke Hatyai, Thailand dari Kuala Lumpur , Malaysia.
1) Menaiki Kapal Terbang
Cara paling cepat untuk sampai ke Hatyai adalah dengan flights Kuala Lumpur To Hatyai.
Anda boleh check perbezaan harga tiket flight di sini https://www.expedia.com.my/ . Selalunya tiket flight akan mahal apabila tiba hujung minggu atau pada hari cuti sekolah @ cuti umum . Jadi jika anda nak travel dengan harga bajet, boleh pergi pada hari bekerja biasa atau hujung minggu yang bukan cuti umum. Anda juga boleh terus beli website air asia sahaja https://www.airasia.com/en/gb .
Namun, semua timing flight direct from KL to Hatyai adalah waktu petang iaitu pukul 6.20 p.m dan akan sampai di Hatyai dalam 7.20 p.m waktu Malaysia. Waktu Hatyai beza 1 jam dari waktu Malaysia jadi timing dia akan jadi begini (18.20-18.20) .
Bagi hari pertama, disebabkan anda sudah tiba di Hatyai lewat petang, anda boleh ambil taxi/grab from airport to Hotel Hatyai. Harga taxi atau grab ni berbeza beza dalam 700-1200 baht per car. Wajib book hotel area Hatyai town atau area Lee Garden Walking Street. Elakkan booking hotel di Songkhla, jauh dari pusat bandar Hatyai . Aktiviti waktu malam boleh ke Night Market dengan jalan kaki atau ambil tuktuk dari Hotel (150 - 200 THB) per tuktuk , kalau ramai boleh share.
Seterusnya, bagi aktiviti hari kedua dan keatas, anda boleh sewa tuk tuk atau
sewa van thailand untuk jalan jalan Hatyai . Kelemahan tuk tuk ni, kalau di siang
hari akan panas sikit berbanding van thailand lebih selesa dengan aircond dan terlindung dari hujan.
Cuaca di Hatyai seperti Malaysia, hujan dan panas tidak menentu.
Jika anda nak sewa van thailand, boleh klik simbol whatsapp dibawah ni untuk chat admin
Cara yang kedua lebih selesa adalah dengan menaiki train ETS dari KL Sentral
ke Padang Besar. Anda boleh download apps KTMB Mobile
atau beli disini https://online.ktmb.com.my/. Setelah tiba di KTM Padang Besar,
ada dua cara hendak ke Imigresen Malaysia Padang Besar iaitu menaiki grab
atau teksi (RM 10-15 per car ) dan jalan kaki melalui jejantas.
Turun saja dari jejantas ni, sebelah kiri anda adalah Imigresen Malaysia Padang Besar
dan terus masuk cop passport Malaysia. Seeloknya, anda book awal van thailand atau
ambil pakej sekali tour untuk pickup dari sini ke Hatyai dan termasuk tour.
Terdapat juga van thailand yang tunggu selepas cop passport Malaysia
untuk hantar sahaja ke Hatyai serendah RM35/pax.Namun, van tersebut akan campur dengan group lain dan tunggu sehingga van penuh.
Jika anda nak private trip ke Hatyai dan nak custom itinerary sendiri bersama Abang Travel,
boleh tekan link Chat Admin. Van Thailand Abang Travel akan pickup dan hantar ke border
semula mengikut timing tiket train anda.
3) Menaiki Bus to Hatyai from KL
Cara yang paling jimat dan selalu orang guna untuk ke Hatyai dari KL
adalah dengan menaiki bas dari KL ke Hatyai. Jika anda ingin menempah
tiket secara online di atas talian, ada beberapa laman web
yang anda boleh layari :
Kebanyakan Bas akan bawa anda ke Hatyai terus dari Kuala Lumpur.
Pastikan passport anda belum tamat tempoh atau sah 6 bulan sebelum
tarikh tamat ketika anda hendak ke Hatyai.
Bas akan masuk melalui border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.
Ketika di Border anda perlu turun dari bas dan beratur untuk cop passport Malaysia
ketika pergi dan balik dari Hatyai . Bas akan bertolak dari KL pada waktu malam dan
akan tiba di Hatyai pada waktu pagi. Dari station bas Hatyai, anda boleh ambil grab
atau tuktuk untuk ke Hotel Hatyai. Kalau anda tidak mahu pening kepala, boleh mengambil
pakej van thailand bersama Abang Travel untuk tour Hatyai dan Songkhla.
Van akan pickup anda di Station Bas Hatyai untuk Jalan Jalan Hatyai.
Jika anda hendak masuk ke Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri,
ada beberapa perkara penting yang anda perlu sediakan untuk ke Hatyai.
1) Insurans Kenderaan ke Thailand :
Pastikan anda membeli insurans yang full coverage jika hendak
membawa kereta sendiri ke sana. Jika kenderaan anda terlanggar
kenderaan Thailand, ada coverage dari Insurans. Insurans ni sedikit
mahal berbanding Insurans biasa yang selalu orang ambil untuk ke Thailand.
Boleh beli insurans disini : https://insuranthai.com/
2) Dokumen yang diperlukan untuk membawa kenderaan sendiri ke Thailand :
Geran Kereta ( Original )
Form TM2 & TM3
White card
Insurans Thailand
3) Peraturan ke Thailand yang wajib anda tahu sebelum masuk ke Thailand
Link disini : https://www.abangtravel.com/blog/perkara-wajib-ketika-memasuki-border-di-thailand
Sebarang pertanyaan pakej, boleh tekan link dibawah terus ke admin.