Wednesday, March 13, 2024

TIGA TEMPAT MENARIK DI NARATHIWAT YANG WAJIB ANDA PERGI

 

Narathiwat Thailand merupakan salah satu wilayah yang terletak di Selatan Thailand berdekatan dengan Yala dan Pattani. Banyak tempat menarik dan tempat healing yang best di Narathiwat ni. Untuk kalini, saya akan kongsikan TIGA tempat yang best di Narathiwat, Thailand yang wajib anda pergi kalau melancong di sana.


1) Summer Thon Cafe , Narathiwat, Thailand

Cafe ini terletak dalam 80 km dari border Sungai Golok , Kelantan jika anda masuk dari border ni, 
perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 15 minit. Namun, jika anda masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, perjalanan mengambil masa 3-4 jam juga bergantung kepada keadaan traffic. 

Apa yang menarik disini adalah, anda minum coffee di tepi pantai sambil layan view kapal terbang melepasi atas kepala anda. Timing lintasan kapal terbang lalu di atas kepala adalah pada pukul 11 pagi dan 2.30 ptg waktu Thailand.



Tempat wajib ambil gambar tanda hadir di Summer Thon Cafe. 



View sangat lah lawa dan sesuai untuk ootd disini.



Disini anda boleh minum coffee betul betul di tepi pantai, sambil 
menunggu kapal terbang lalu diatas kepala



Coffee dan air yang refreshing pun ada. Sambil layan view. 
Rating coffee 8/10 


Disini banyak cermin macam ni untuk ootd, tengok la view
belakang tu memang lawa gila. 


2)  Lae Bin Cafe, Narathiwat Thailand.

Lae Bin Cafe adalah salah satu cafe yang direka khas berbentuk kapal terbang. Tempat ini terletak
berdekatan Narathiwat Airport , Thailand. Sayangnya semasa saya ke sini, cafe ini sedang diubah suai,
jadi iainya tutup buat sementara. Jadi saya kongsikan beberapa gambar yang diambil di luar Lae Bin Cafe ni.





3) Pai Na Nara, Narathiwat, Thailand

Entrances Fee : 20 Baht/pax

Jika anda berkunjung ke Narathiwat , Thailand, wajib singgah disini, ada lebih 50 pot ootd disini. 
Tempat yang cantik dan tenang di tepi sawah padi. 1 jam tidak cukup untuk explore tempat ni.
Tempat ini juga dikenali sebagai Ladang Epal Narathiwat, Thailand. Di narathiwat ada epal?? ya betul.



Entrances Pai Na Nara ni pun dah lawa dah.




Ni baru bahagian hadapan Pai Na Nara ni, jom kita masuk ke dalam.



Benda pertama yang saya jumpa bila masuk, adalah buah epal.


Ladang Epal di Narathiwat , Thailand.





Tengok pokok epal yang ditanam sepanjang jalan sini.


Anda boleh rehat sebentar di pondok ni untuk mengambil angin luar, sambil tengok
pemandangan luar.





Selesai tiga tempat menarik di Narathiwat, Thailand. Jom ke Selatan Thailand dengan Pakej Menarik dari Abang Travel. Van thailand kami boleh pickup dari Border Golok, Border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Kami akan bawa anda tour Narathiwat dan Pattani dengan Van Thailand. Tidak perlu
pening kepala untuk fikirkan untuk drive kereta, kami sediakan driver thailand yang boleh cakap melayu dan mahir selok belok thailand.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjur pakej, tekan whatsapp admin di bawah :







































No comments:

Post a Comment

Krabi Tour To Phi Phi Island

  Phi Phi Island adalah salah satu pulau yang paling terkenal di Pantai Andaman Thailand. Phi Phi island terdiri daripada 6 pulau dengan May...