Tuesday, March 19, 2024

HATYAI 1 DAY TRIP (budget trip ke Hatyai) 9 TEMPAT FAMOUS DI HATYAI

 

Nak bercuti ke Hatyai dengan pakej hatyai budget trip?? Hatyai 1 day trip daripada border Bukit Kayu Hitam atau border Padang Besar. Terdapat dua cara untuk ke hat yai one day trip iaitu dengan menaiki kereta sendiri atau menaiki van thailand untuk hat yai tour.  

Jika anda nak menaiki van thailand untuk ke hatyai, anda perlu parking kereta di border. Contoh kalau border Bukit Kayu Hitam, anda boleh parking kereta di Duty Free Bukit Kayu Hitam dan jika border Padang Besar, anda boleh parking kereta di Arked Niaga Padang Besar atau tempat parking berbayar berdekatan.

Abang Travel ada menyediakan pakej hatyai 1 day trip iaitu hat yai private tour dari border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Pakej ini termasuk tour ke Hatyai dan Songkhla dalam masa 1 hari. 

tekan link ni untuk tanya admin : TANYA PASAL PAKEJ

Di antara hat yai top attractions yang termasuk dalam hat yai songkhla trip ialah :

1) Kaysorn Souvenir


Customer Abang Travel bergambar di Kaysorn Souvenir


Kaysorn Souvenir ini adalah salah satu hat yai places to go apabila anda bercuti ke Hatyai. Tempat shopping cenderahati di Hatyai seperti baju tradisional, baju tshirt Hatyai , keychain , makanan kacang dan semua buah tangan untuk anda shopping dan bawa balik ke Malaysia. 

Alamat: 2F3H+9HF, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (7:30 pagi – 6 petang)

2) Ranu Kohyo


Ranu Kohyo adalah salah satu hat yai tourism place untuk shopping souviner seperti kacang,kerepek dan sebagainya. Disini pelbagai jenis makanan snack disediakan dengan harga berpatutan.

Alamat : 490/8-10 Thumnoonvithi Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi : Setiap Hari ( 10.00 pagi - 5.50 petang )

3) Big Bee Garden Hatyai


Big Bee Farm Hatyai entrances fee adalah free. Disini anda akan di terangkan bagaimana terjadinya
honey . Bagaimana bee thailand ni dapat honey? sesuai untuk lawatan family, company dan sebagainya.

Alamat15 ถ.ประชายินดี ต.หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu operasi : Setiap Hari ( 8 pagi - 5 ptg )


4)  Hatyai Municipal Park



Hatyai Municipal Park salah satu hat yai top attractions ini terletak di atas bukit dan kalau nak ke sini memang akan lalu jalan berbukit 
sehingga ke atas ini . Disini anda boleh mengambil gambar pemandangan Hatyai. Berdekatan sini terdapat cafe dan cable car Hatyai. Tetapi cable car disini selalu under maintanances.


Pemandangan Hatyai dari atas Bukit ini. 


Alamat Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu operasi :  Setiap hari (5 pagi - 8 malam)


5) Chang Puak Elephant Camp Hatyai


Hatyai day tour package by Abang Travel juga termasuk lawatan ke Chang Puak Camp Hatyai. Disini anda dapat melihat gajah dan banyak aktviti lain selain menaiki gajah seperti menembak, ATV dan sebagainya. Chang puak elephant camp hat yai entrance fee adalah free sahaja, tetapi jika anda hendak bermain aktiviti disini, harga berbeza beza mengikut pakej. 

Alamat108 Moo.8, km19-Tajeen Rd Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu operasi : Setiap hari (8 pagi - 5 ptg)


6) Samilla Beach



Salah satu top attractions adalah Samila Beach dan Mermaid statue ini. Wajib ambil gambar disini jika anda berkunjung ke songkhla. Dan jangan lupa cuba coconut ice cream yang famous disini. 


Coconut ice-cream ini sangat sedap dan famous disini.


7)  Masjid Songkhla 



Jika anda mengambil Pakej Hatyai Songkhla trip ini dengan Abang Travel, tempat ini adalah salah satu tempat wajib pergi dalam itinerary. 


Pemandangan di dalam Masjid Songkhla, seni binanya yang cantik .


8) Seaverse Cafe



Salah satu tempat yang wajib pergi di hadapan masjid songkhla ialah Seaverse cafe. Disini anda boleh 
minum kopi dan bergambar. 


Tempat nya memang cantik dan sesuai untuk bergambar. Entrances fee disini adalah 30 baht/pax. 

AlamatLopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi : Setiap hari (8.30 pagi - 7 malam)


9) Floating Market , Hatyai


Pasar Terapung Hatyai atau lebih dikenali sebagai Floating Market, Hatyai. Salah satu hat yai top attractions dan famous dalam kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia. Makanan disini sedap dan yang penting murah semuanya.

PAKEJ HATYAI 1 DAY TRIP  

HARGA : 
  • RM569 Sebiji Van Vip ( Maksima 1 van = 10 Orang ) 

Contoh Pengiraan :
Bilangan peserta = 10 orang
RM569/10 = RM56.90 
+ Imigresen Fee RM4
​+  Thai Insurance RM10
Total Kos Per Orang = RM70.90 Je

Syarat :
1) Timing Sehingga Jam 8malam Wajib Ada Di border @ Hantar Ke Hotel
2) Jika Nak Pertambahan Masa Kadar 1 Jam = 500Baht Terus Bagi Kepada Driver ( OT & Duit Minyak)

Pick Up Point : Border Bukit Kayu Hitam / Padang Besar / Airport Hatyai / Hotel 

TERUS WHATSAPP ADMIN DI BAWAH :
















 


















Thursday, March 14, 2024

SYURGA OOTD COCO ONE BEACH HOTEL & RESTAURANT DI SAKOM ,THAILAND

 

Coco One Beach Hotel dan Restaurant ni terletak di Sakom , Thailand. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Hatyai. Disini adalah salah satu syurga ootd, banyak tempat disediakan untuk bergambar disini . Boleh juga minum dan makan sambil menikmati pemandangan tepi pantai yang tenang dan cantik. Jika anda dalam perjalanan ke Pattani, boleh singgah disini berdekatan sakom beach. 

Jom tengok apa yang menarik di Coco One Beach Hotel ini. 



Entrances fee hanya 50 baht/pax untuk redeem air minuman.

Selepas saja beli tiket masuk, di hadapan pintu masuk ada Taman Tema Air untuk kanak-kanak bermain
disini. 


Seterusnya, kami jalan masuk ke dalam coco one beach ni. memang tempatnya sangatlah cantik dengan view yang superb lawa.


Ada banyak tempat OOTD best disini, setiap tempat boleh ambil gambar. 















Jom ke Thailand dengan Pakej Menarik dari Abang Travel. Nak singgah Coco One Beach selalu
kami akan buat pakej Pattani Hatyai 3D2N , semasa dalam perjalanan ke Pattani , kita akan singgah di Coco One Beach dan Shopping sikit di Sakom Market . 

Berminat nak tahu lebih lanjut boleh tekan link d bawah :







Wednesday, March 13, 2024

TIGA TEMPAT MENARIK DI NARATHIWAT YANG WAJIB ANDA PERGI

 

Narathiwat Thailand merupakan salah satu wilayah yang terletak di Selatan Thailand berdekatan dengan Yala dan Pattani. Banyak tempat menarik dan tempat healing yang best di Narathiwat ni. Untuk kalini, saya akan kongsikan TIGA tempat yang best di Narathiwat, Thailand yang wajib anda pergi kalau melancong di sana.


1) Summer Thon Cafe , Narathiwat, Thailand

Cafe ini terletak dalam 80 km dari border Sungai Golok , Kelantan jika anda masuk dari border ni, 
perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 15 minit. Namun, jika anda masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, perjalanan mengambil masa 3-4 jam juga bergantung kepada keadaan traffic. 

Apa yang menarik disini adalah, anda minum coffee di tepi pantai sambil layan view kapal terbang melepasi atas kepala anda. Timing lintasan kapal terbang lalu di atas kepala adalah pada pukul 11 pagi dan 2.30 ptg waktu Thailand.



Tempat wajib ambil gambar tanda hadir di Summer Thon Cafe. 



View sangat lah lawa dan sesuai untuk ootd disini.



Disini anda boleh minum coffee betul betul di tepi pantai, sambil 
menunggu kapal terbang lalu diatas kepala



Coffee dan air yang refreshing pun ada. Sambil layan view. 
Rating coffee 8/10 


Disini banyak cermin macam ni untuk ootd, tengok la view
belakang tu memang lawa gila. 


2)  Lae Bin Cafe, Narathiwat Thailand.

Lae Bin Cafe adalah salah satu cafe yang direka khas berbentuk kapal terbang. Tempat ini terletak
berdekatan Narathiwat Airport , Thailand. Sayangnya semasa saya ke sini, cafe ini sedang diubah suai,
jadi iainya tutup buat sementara. Jadi saya kongsikan beberapa gambar yang diambil di luar Lae Bin Cafe ni.





3) Pai Na Nara, Narathiwat, Thailand

Entrances Fee : 20 Baht/pax

Jika anda berkunjung ke Narathiwat , Thailand, wajib singgah disini, ada lebih 50 pot ootd disini. 
Tempat yang cantik dan tenang di tepi sawah padi. 1 jam tidak cukup untuk explore tempat ni.
Tempat ini juga dikenali sebagai Ladang Epal Narathiwat, Thailand. Di narathiwat ada epal?? ya betul.



Entrances Pai Na Nara ni pun dah lawa dah.




Ni baru bahagian hadapan Pai Na Nara ni, jom kita masuk ke dalam.



Benda pertama yang saya jumpa bila masuk, adalah buah epal.


Ladang Epal di Narathiwat , Thailand.





Tengok pokok epal yang ditanam sepanjang jalan sini.


Anda boleh rehat sebentar di pondok ni untuk mengambil angin luar, sambil tengok
pemandangan luar.





Selesai tiga tempat menarik di Narathiwat, Thailand. Jom ke Selatan Thailand dengan Pakej Menarik dari Abang Travel. Van thailand kami boleh pickup dari Border Golok, Border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Kami akan bawa anda tour Narathiwat dan Pattani dengan Van Thailand. Tidak perlu
pening kepala untuk fikirkan untuk drive kereta, kami sediakan driver thailand yang boleh cakap melayu dan mahir selok belok thailand.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjur pakej, tekan whatsapp admin di bawah :







































HATYAI 1 DAY TRIP (budget trip ke Hatyai) 9 TEMPAT FAMOUS DI HATYAI

  Nak bercuti ke Hatyai dengan pakej hatyai budget trip?? Hatyai 1 day trip daripada border Bukit Kayu Hitam atau border Padang Besar. Terda...